Ahad, 1 Disember 2019

Konvoi Amal BerkeluargaKKMS ke Cherating pahang 23~24/11/2019

Kelab Kembara Motor Sport menutup tirai 2019 dengan mengadakan Konvoi Amal berkeluarga ke Cherating Pahang dengan disertai oleh 20 keluarga seramai 100 ahli keluarga kkms.Konvoi telah meraikan Anak-anak Yatim Kampung Cherating seramai 17 orang,pihak kelab telah menyumbangkan Beg Sekolah yang ditaja oleh badan NGO serta wang saku untuk perbelanjaan semasa buka sekolah tahun 2020 yang disumbangkan oleh Rakan-rakan sekerja di Nestle dan orang perseorangan ,Anak-anak juga telah diraikan dengan majlis makan malam bersama ahli kelab kkms dan keluarga masing-masing menu yang telah disediakan oleh pihak kelab adalah kambing bakar dan hidagan yang lain.pihak kelab mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang telah menjayakan program konvoi amal kkms.semoga kita akan terus membuat amal untuk mengembirakan Anak-anak Yatim dimasa-masa akan dating.

















Khamis, 2 Mei 2019

Konvoi Amal Pontian Johor

Konvoi Selalu pasti anda puas dan ceria..

Pada tanggal 27 April Kelab Kembara Motor Sport telah mengadakan Konvoi Amal awal tahun ke  Pontian Johor dengan mengadakan Gotong royong menbersihkan rumah Puan Sa adiah bt sirun dan mengecat rumah beliau Konvoi juga telah memberi sumbangan barang-barang keperluan harian dan wang tunai kepada dua keluarga bagi menyambut Ramadhan yang bakal tiba konvoi telah disambut oleh penduduk kampung Dalam Pontian Johor semoga dengan sumbagan dapat lah beliau dan keluarga sama-sama menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya dengan sempurna.

Konvoi juga telah diraikan oleh penduduk Kampung Dalam Pontian dengan sarapan pagi dan makan tengahari yang ditaja oleh pengerusi tetap KKMS en Haris.walau pun cabaran dan rintangan ditempuhi oleh peserta konvoi bermotor seramai 20 buah motosikal ditemani hujan sepanjang jalan menuju ke pontian akhir nya peserta konvoi sampai ke pontian tepat jam 07:30 pagi dengan selamat nya.

 Setelah berakhirnya program di pontian Konvoi menuju ke Tanjung Pia untuk Check inn Resort.
sepanjang dua hari di tanjung pia pihak penganjur telah mengatur program-program menarik diantara nya adalah makan BBQ dan karaoke bersama perserta,lawatan ke taman perhutanan tanjung pia di penghujung benua Asia dan peserta juga dibekalkan sijil penyertaan benua Asia dan banyk lagi aktiviti-aktiviti yang telah disusun oleh pihak penganjur.












Sabtu, 7 Julai 2018

Wakil daripada Kelab Kembara Motor Sport Puan Shahila yang telah menyertai Konvoi Lady Bikers Tourism Johor Ride 2018 pada 6~7&8 July 2018..



Selasa, 15 Mei 2018

Kelab kembara telah membuka tirai 2018 dengan program Konvoi Amal Pahang Kuala Terenggau yang telah berlangsung pada bulan May 2018 bertarikh 5,6&7 jumaat sabtu dan ahad,konvoi disertai 35 peserta dengan 15 buah motor berkuasa tinggi dan 5 buah berkuasa sederhana,

Konvoi telah melawat Rumah Anak-anak yatim Baitul Husnah Beserah kuantan Pahang,seramai 35 Anak-anak Yatim telah kami raikan dengan mengadakan jamuan sarapan pagi dan makan tengahari,konvoi juga telah mengadakan gotong royong bagi membersihkan sekitar Asrama.sebagai acara penutup pihak kkms telah memberi sedikit sumbangan barangan Nestle goodies bag kepada anak-anak dan wang tunai sumbangan pekerja Nestle dan Orang perseorangan.

Setelah selesai program dirumah anak-anak Yatim Konvoi menuju Distinasi seterus nya keKuala Terengganu dan menginap di Chele Su di Marang Terengganu.Konvoi tiba di Kuala Terengganu tepat Jam14:30pm,pada malam nya kkms telah mengadakan sambutan ulang tahun penubuhan kkms yang ke 15 tahun tahniah daripada kami ahli kkms yang telah mengadakan konvoi tahunan setiap tahun untuk meraikan Anak-anak Yatim dan Keluarga Miskin semoga Aktiviti Amal ini akan berterusan hingga bila-bila dengan pentakbiran yang lain pula.





















Khamis, 26 April 2018


Konvoi Akhir Tahun Kelab Kembara Motor Sport 2016
melawat Rumah Anak Yatim di SG. Besar dan Rumah warga Tua di teluk Senangin.

Meraikan anak-anak yatim dengan jamuan makan malam serta menyampaikan sumbangan makanan kesihatan dari Pihak Nestle.

Disamping itu menyampaikan sumbangan seperti keperluan harian kepada beberapa keluarga miskin.

Nota: sila rujuk gambar

Rabu, 26 April 2017

Konvoi Amal 2017 - ke Pulau Penang

Tarikh : 15, 16 & 17 April 2017
Lokasi : Pusat Jagaan Anak Yatim Nayiatul Aisyiah, Balik Pulau, Pulau Pinang
Ahli    : 46 peserta


pada jam 8.30am tiba di Rumah Jagaan Anak Yatim, kami disajikan dengan hidangan sarapan pagi bersama anak-anak yatim disitu. Kemudian kami beramah mesra dengan anak yatim dan kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar diwajah comel mereka semua.

kemudian kami bersama-sama melakukan kerja gotong-royong membersihkan kawasan rumaha anak yatim. selesai semua kerja-kerja pembersihan, kami disajikan dengan jamuan makan tengahari.

setelah selesai kesemuanya, kami bertolak ke Lost Paradise Resort,Penang untuk program kami yang seterusnya.












Powered By Blogger

Comment

Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..

klip profil dan tekan Daftar keinginan

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.