Isnin, 30 November 2015

Pada 28 dan 29 November 2015 Kelab kembara motor sport telah mengadakan Konvoi berkeluarga ke Melaka dan menetap di Resort D,Nelayan kuala sungai baru pengkalan balak,seramai 23 keluarga telah menyertai konvoi kali ini konvoi juga telah mengadakan pertandingan memasak setiba nya sampai ke Resort yang menarik nya segala masakan yang dipertanding kan telah siap dari rumah lagi.masakan para peserta telah diadili oleh Cheff dari resort dan diketuai oleh Puan shahila sebagai ketua juri pertandingan telah dijuari oleh keluarga Encik Rosmaidy dengan masakan siakap 3 rasa.pada sebelah petang pihak penganjur telah mengadakan sukan nika untuk anak-anak dan ibu bapa sekali.

Pada sebelah malam kelab kembara telah meraikan Anak-anak Yatim Masjid Tanah seramai 30 orang dengan majlis makan malam berbagai hidangan telah disediakan dengan menu utama kambing bakar,seperti biasa sumbangan barangan dan wang tunai telah diserahkan kepada Rumah Anak-anak Yatim dan anak yatim.pihak kelab juga telah meraikan anak cemerlang dari keluarga kkms yang telah mendapat 5A dan Muntaz.Tahniah kepada adik Mariah Afrina yang telah mendapat 5A dan anak kepada Encik Haris Jaffar yang telah mendapat 4A 1B.Majlis diserikan dengan nyayian karaoke dari anak-anak yatim yang mempunyai bakat terpendam.
















Powered By Blogger

Comment

Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..

klip profil dan tekan Daftar keinginan

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.