Rabu, 23 Mei 2012


Konvoi Melawat ke ladang Anggur di Tasik Beris Sik Kedah'
















Konvoi Melawat ke ladang Anggur di Tasik Beris Sik Kedah'

Konvoi Amal Baling Kedah

KONVOI AMAL KELAB KEMBARA MOTOR SPORT PADA 28 APR – 1MEI 2012.
KELAB KEMBARA MOTOR SPORT memulakan aktiviti tahun 2012 dengan konvoi
amal ke Baling Kedah. Seramai 67 peserta di mana 36 peserta menaiki motosikal dan
5 buah kereta turut serta. Konvoi ini buat pertama kalinya disertai oleh peserta dari
Nestle Chembong dan juga 3 orang peserta wanita.
Destinasi KELAB KEMBARA MOTOR SPORT adalah ke “Rumah Anak Yatim dan Miskin
Nurhidayah Kupang” dan “Rumah Anak Yatim Kupang Baling”. KELAB KEMBARA
MOTOR SPORT turut meraikan bersama penduduk Kupang dengan majlis makan
tengahari, di mana seekor lembu diaqiqahkan oleh beberapa ahli KELAB KEMBARA
MOTOR SPORT dan ahli kelab turut bersama bergotong-royong menyediakan hidangan tengahari.
Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih tak
terhingga kepada Corporate Affair Department dan Encik Mohd Ismail Osman Dari
Central Region yang sudi menghulurkan sumbangan berupa barangan makanan,
hamper dan bantuan kewangan. Sumbangan ini disampaikan oleh Presiden KELAB
KEMBARA MOTOR SPORT Encik Suhaimi Mat Jalil.
KELAB KEMBARA MOTOR SPORT juga mengambil peluang untuk singgah di beberapa
tempat menarik sewaktu berada di Kedah seperti ladang anggur di Tasik Beris, Sik
dan Air Terjun Lata Bayu. Perjalanan selama 4 hari 3 malam, sejauh hampir 1000
KM (Shah Alam – Baling – Shah Alam) berjaya mencapai sasaran yang dirancang dan
kesemua peserta selamat sampai di Shah Alam pada jam 7 malam 01 MEI 2012.
Semoga kerja amal seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang oleh

KELAB KEMBARA MOTOR SPORT.
 
 











Nukilan Shahila
Powered By Blogger

Comment

Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..

klip profil dan tekan Daftar keinginan

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.