Sabtu, 2 Mei 2015

Kelab kembara motor sport membuka tirai 2015 dengan mengadakan konvoi Amal solo ke Terengganu Darul Iman pada 25~26 & 27 Bulan April 2015,Konvoi kali ini disertai seramai 40 orang termasuk Ahli dari luar kelab KKMS.Konvoi telah meraikan Anak-anak Yatim Kuala Terengganu seramai 40 orang,konvoi juga telah mengadakan gotong royong membersikan persekitaran Asrama Anak-anak Yatim yang di jayakan oleh Ahli ROCKS & Ahli KKMS sendiri.Konvoi juga telah mengadakan jamuan tengahari bersama Anak-anak yatim yang ditaja oleh KKMS.

konvoi menginap di Batu Buruk Beach Resort,pada sebelah malam konvoi telah meraikan Anak-anak Yatim dengan mengadakan majlis makan malam dan penyampaian sumbangan dari pekerja-pekerja Nestle dan barangan Nestle serta sumbangan dari Ahli kelab sendiri dan sumbagan wang tunai dari kelab KKMS.Majlis diakhiri dengan penyampaian Goody bag sumbangan dari Nestle ROCKS serta duit saku sumbangan dari orang perseorangan dan pekerja Nestle.

Pada 26 haribulan peserta konvoi juga telah mengadakan program mencandak sotong yang diketuai oleh En Khairulnizam seramai 20 orang telah menyertai program mencandak sotong sebanyak 2 bot telah berlepas dari pengkalan jam 18:00pm dan berakhir pada jam 07:00am.

Pada hari Ahad 26 peserta konvoi telah mengadakan lawatan disekitar Bandar Kuala Terengganu.

Konvoi berakhir pada 27 haribulan hari Isnin dan bertolak ke Shah Alam.






Powered By Blogger

Comment

Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..

klip profil dan tekan Daftar keinginan

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.