Sabtu, 31 Disember 2011


KONVOI AMAL BERSAMA KELUARGA KELAB KEMBARA MOTOR SPORT PADA 23-24hb DISEMBER 2011
Blue Lagoon, Tanjung Tuan Port Dickson Negeri Sembilan


Kelab Kembara Motor Sport melengkapkan aktiviti bagi tahun 2011 dengan konvoi amal bersama keluarga  di Blue lagoon, tanjung tuan port dickson Negeri Sembilan pada 23 dan 24hb Disember  2011.Pada hari jumaat 23hb Disember  jam 8.30 pagi,  para peserta konvoi berkumpul di R&R Dengkil lebuhraya utara-selatan. Seramai 120 peserta menyertai konvoi amal. Taklimat konvoi dan keselamatan diterangkan oleh Presiden Kelab Kembara Motor Sport  merangkap sebagai Ahli Majlis Mesyuarat keselamatan Jalanraya bagi Negeri Selangor (MKJR) iaitu En.Shuhaimi Bin Mat Jalil.
 Sebanyak 23 buah kereta mula bertolak jam 10 pagi yang  diketuai oleh Timbalan Presiden Kelab iaitu En.Shaffei Bin Jamari .

Melalui dari laluan jalan Sepang-Lukut yang bergerak lancar, Rombongan konvoi selamat sampai di tempat penginapan di Blue lagoon, tanjung tuan, port dickson tepat pada jam 12.00 tengahari.
Majlis makan malam pada jam 8.30 dimulai dengan bacaan doa oleh En.Zakaria Bin Kasiran. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Presiden Kelab kembara Motor Sport  En.Shuhaimi Bin Mat Jalil, beliau menerangkan aktiviti amal yang telah dijalankan oleh pihak kelab sepanjang tahun 2011.

Wakil daripada NESTLE En. Wan Jeffry Bin Wan Zahari  Pengurus Pemasaran Nesvita telah memberikan ucapan penghargaan  kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti Amal, beliau kagum dengan semangat bergotong-royong yang ditunjukkan oleh para peserta konvoi.  
Sumbangan berupa barangan makanan harian serta hamper dan bantuan kewangan disampaikan oleh  En. Wan Jeffry Bin Wan Zahari diiringi Penasihat Kelab Kembara Motor Sport En.Haris Bin Sajat bersama En. Zakaria kasiran kepada 4 wakil keluarga yang terpilih menerimanya.

Majlis memotong kek sempena ulangtahun ke-8 Kelab Kembara Motor Sport dilakukan oleh presiden kelab disertai tetamu bersama keluarga diraikan.Pihak Kelab pada julung  kalinya telah memberikan hadiah penghargaan kepada seorang pelajar Nurul Afiqah Binti Hasnan pelajar Sekolah Menengah (P) Sri Aman yang mendapat keputusan cemerlang PMR 8A1, beliau adalah anak kepada En. Hasnan  bin Atan  ahli kelab Kembara Motor Sport.



                                     
                                  

                


Konvoi PD 2
Konvoi PD 1
Konvoi PD
Konvoi Selalu pasti anda puas dan ceria

Selasa, 27 Disember 2011

Family Day kelab kembar motor sport

Kelab kembara motor sport telah mengadakan konvoi tahunan bersama keluarga bertempat di Tanjung Biru Port Deckson pada 23~24/12/2011.Sasaran konvoi kali ini adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga miskin yang di pilih.Konvoi kali ini telah diserikan dengan kehadiran wakil  Koprat dari HOU Encik Wan Zahari.
Powered By Blogger

Comment

Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..

klip profil dan tekan Daftar keinginan

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.