Khamis, 2 Mei 2019

Konvoi Amal Pontian Johor

Konvoi Selalu pasti anda puas dan ceria..

Pada tanggal 27 April Kelab Kembara Motor Sport telah mengadakan Konvoi Amal awal tahun ke  Pontian Johor dengan mengadakan Gotong royong menbersihkan rumah Puan Sa adiah bt sirun dan mengecat rumah beliau Konvoi juga telah memberi sumbangan barang-barang keperluan harian dan wang tunai kepada dua keluarga bagi menyambut Ramadhan yang bakal tiba konvoi telah disambut oleh penduduk kampung Dalam Pontian Johor semoga dengan sumbagan dapat lah beliau dan keluarga sama-sama menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya dengan sempurna.

Konvoi juga telah diraikan oleh penduduk Kampung Dalam Pontian dengan sarapan pagi dan makan tengahari yang ditaja oleh pengerusi tetap KKMS en Haris.walau pun cabaran dan rintangan ditempuhi oleh peserta konvoi bermotor seramai 20 buah motosikal ditemani hujan sepanjang jalan menuju ke pontian akhir nya peserta konvoi sampai ke pontian tepat jam 07:30 pagi dengan selamat nya.

 Setelah berakhirnya program di pontian Konvoi menuju ke Tanjung Pia untuk Check inn Resort.
sepanjang dua hari di tanjung pia pihak penganjur telah mengatur program-program menarik diantara nya adalah makan BBQ dan karaoke bersama perserta,lawatan ke taman perhutanan tanjung pia di penghujung benua Asia dan peserta juga dibekalkan sijil penyertaan benua Asia dan banyk lagi aktiviti-aktiviti yang telah disusun oleh pihak penganjur.












Powered By Blogger

Comment

Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..

klip profil dan tekan Daftar keinginan

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.