Ahad, 16 November 2014

Bagi menutup tahun 2014, Kelab Kembara Motor Sport telah mengadakan konvoi Amal ke Mersing Johor, Darul Takzim. Pada 18 - 21 Oct Konvoi disertai seramai 30 peserta dengan 10 buah motorsikal, 3 buah kereta dan sebuah Hilux 4x4. Ahli-ahli konvoi berkumpul di Depan CFW Nestle. Macam biasa kami akan berkumpul dan mendaftarkan diri sebelum memulakan perjalanan. Briefing keselamatan dan bacaan doa dikendalikan oleh En Haris Sajat. Perjalanan kami bermula jam 12:00 tengah malam. Pada jam 5:40 pagi kami berhenti di Tol Air Hitam.Setelah selesai menunaikan solat subuh kami menyambung perjalanan kami ke Mersing. Pada awal program, kami sepatutnya terus menuju ke asrama anak-anak yatim, tetapi plan kami berubah kerana pada hari tersebut anak-anak yatim tersebut dibawa ke tempat lain. Untuk mengisi masa yang terluang kami singgah ke rumah ahli konvoi yang berdekatan di situ. Setelah bersarapan pagi, merehatkan badan buat seketika dan bebual mesra dengan ahli keluarga tuan kami meneruskan perjalanan kami ke Air Papan Resort. Masa untuk Check in seperti biasa jam 2:00 petang.




Ke Rumah Anak Yatim


Jam 5:00 petang, ahli-ahli konvoi memulakan perjalanan  ke rumah anak-anak yatim, setibanya kami disana mereka semua sudah berkumpul menunggu kehadiran kami. Seperti biasa kami beramah mesra dan menghulurkan sumbangan barangan Nestle. Sumbangan diserahkan pada sebelah petang kerana kami merancang untuk menjamu anak-anak yatim makan malam di Air Papan Resort, tapi hajat kami tidak kesampaian kerana terdapat 8 orang anak yatim perempuan yang terkena hysteria. Maka kami terpaksa merubah lagi program kami. Setelah hidangan untuk menjamu anak-anak yatim siap sedia kami menghantarnya ke asrama mereka dan makan malam bersama mereka disana. Penyerahan wang tunai hasil dari kutipan warga Nestle dan Orang perseorangan diserahkan di asrama anak-anak yatim tersebut..
Setelah kerja kami selesai bacaan doa selamat dibacakan oleh En Haris Sajat dan sedikit kata-kata nasihat untuk anak-anak yatim tersebut.


Bukanlah mudah untuk menguruskan sesebuah organisasi, tetapi dengan adanya berkat doa , sokongan moral dan kerjasama dari semua ahli AJK dan ahli kelab biasa, Program ini dapat diteruskan hingga ke hari ini. Semoga Program ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang. Semoga perjuangan Arwah Suhaimi Bin Mat Jalil dapat kami teruskan dengan hati yang ikhlas :)









































Rumah terbuka KKMS 2014

Pada tanggal 16 Shawal 1435H, Kelab Kembara Motor Sport telah mengadakan majlis jamuan sempena Hari Raya Aidil Firti buat pertama kalinya yang disertai seramai 20 buah keluarga.
Majlis jamuan hari raya telah diadakan diperkarangan  halaman rumah tuan penasihat iaitu Encik Hj.Zakaria.


Majlis bermula dari jam 8:30 malam dan berakhir pada jam 11:30 malam. Menu yang dihidangkan adalah Nasi Beriani, Ayam masak merah, Kambing BBQ, coselow,dalca daging. Pencuci mulut bubur kacang durian, agar-agar sirap dan Kuih raya yang dibawa oleh setiap ahli yang hadir.


Majlis telah diserikan dengan kehadiran orang jauh iaitu Encik Zainuddin  (Pak Din) dan kawan-kawannya dari Chembung dengan SuperBike masing-masing.






































Powered By Blogger

Comment

Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..

klip profil dan tekan Daftar keinginan

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.