KONVOI
AMAL BERSAMA KELUARGA KELAB KEMBARA MOTOR SPORT PADA 23-24hb DISEMBER 2011
Blue Lagoon, Tanjung Tuan Port Dickson
Negeri Sembilan
Kelab Kembara Motor Sport melengkapkan
aktiviti bagi tahun 2011 dengan konvoi amal bersama keluarga di Blue lagoon, tanjung tuan port dickson
Negeri Sembilan pada 23 dan 24hb Disember
2011.Pada hari jumaat 23hb Disember jam 8.30 pagi,
para peserta konvoi berkumpul di R&R Dengkil lebuhraya utara-selatan.
Seramai 120 peserta menyertai konvoi amal. Taklimat konvoi dan keselamatan
diterangkan oleh Presiden Kelab Kembara Motor Sport merangkap sebagai Ahli Majlis Mesyuarat
keselamatan Jalanraya bagi Negeri Selangor (MKJR) iaitu En.Shuhaimi Bin Mat
Jalil.
Melalui dari laluan jalan Sepang-Lukut
yang bergerak lancar, Rombongan konvoi selamat sampai di tempat penginapan di
Blue lagoon, tanjung tuan, port dickson tepat pada jam 12.00 tengahari.
Majlis makan malam pada jam 8.30 dimulai
dengan bacaan doa oleh En.Zakaria Bin Kasiran. Majlis diteruskan dengan ucapan
alu-aluan dari Presiden Kelab kembara Motor Sport En.Shuhaimi Bin Mat Jalil, beliau menerangkan
aktiviti amal yang telah dijalankan oleh pihak kelab sepanjang tahun 2011.
Wakil daripada NESTLE En. Wan Jeffry Bin
Wan Zahari Pengurus Pemasaran Nesvita
telah memberikan ucapan penghargaan
kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti Amal, beliau kagum dengan
semangat bergotong-royong yang ditunjukkan oleh para peserta konvoi.
Sumbangan berupa barangan makanan harian
serta hamper dan bantuan kewangan disampaikan oleh En. Wan Jeffry Bin Wan Zahari diiringi
Penasihat Kelab Kembara Motor Sport En.Haris Bin Sajat bersama En. Zakaria
kasiran kepada 4 wakil keluarga yang terpilih menerimanya.
Majlis memotong kek sempena ulangtahun
ke-8 Kelab Kembara Motor Sport dilakukan oleh presiden kelab disertai tetamu
bersama keluarga diraikan.Pihak Kelab pada julung kalinya telah memberikan hadiah penghargaan kepada
seorang pelajar Nurul Afiqah Binti Hasnan pelajar Sekolah Menengah (P) Sri Aman
yang mendapat keputusan cemerlang PMR 8A1, beliau adalah anak kepada En.
Hasnan bin Atan ahli kelab Kembara Motor Sport.





