KONVOI AMAL KELAB KEMBARA MOTOR SPORT PADA 28 APR – 1MEI 2012.
KELAB KEMBARA MOTOR SPORT memulakan aktiviti tahun 2012 dengan konvoi
amal ke Baling Kedah. Seramai 67 peserta di mana 36 peserta menaiki motosikal dan
5 buah kereta turut serta. Konvoi ini buat pertama kalinya disertai oleh peserta dari
Nestle Chembong dan juga 3 orang peserta wanita.
Destinasi KELAB KEMBARA MOTOR SPORT adalah ke “Rumah Anak Yatim dan Miskin
Nurhidayah Kupang” dan “Rumah Anak Yatim Kupang Baling”. KELAB KEMBARA
MOTOR SPORT turut meraikan bersama penduduk Kupang dengan majlis makan
tengahari, di mana seekor lembu diaqiqahkan oleh beberapa ahli KELAB KEMBARA
MOTOR SPORT dan ahli kelab turut bersama bergotong-royong menyediakan hidangan tengahari.
Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih tak
terhingga kepada Corporate Affair Department dan Encik Mohd Ismail Osman Dari
Central Region yang sudi menghulurkan sumbangan berupa barangan makanan,
hamper dan bantuan kewangan. Sumbangan ini disampaikan oleh Presiden KELAB
KEMBARA MOTOR SPORT Encik Suhaimi Mat Jalil.
KELAB KEMBARA MOTOR SPORT juga mengambil peluang untuk singgah di beberapa
tempat menarik sewaktu berada di Kedah seperti ladang anggur di Tasik Beris, Sik
dan Air Terjun Lata Bayu. Perjalanan selama 4 hari 3 malam, sejauh hampir 1000
KM (Shah Alam – Baling – Shah Alam) berjaya mencapai sasaran yang dirancang dan
kesemua peserta selamat sampai di Shah Alam pada jam 7 malam 01 MEI 2012.
Semoga kerja amal seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang oleh
KELAB KEMBARA MOTOR SPORT.
Nukilan Shahila
Selamat Datang Blog kelab kembara motor sport.. kelab ini ditubuhkan adalah untuk membimbing penungang-penungang motorsikal dengan cara yang selamat. cara kelab kembara motor sport membimbing para Ahlinya dengan mengadakan konvoi pemanduan berhemah ke seluruh malaysia dengan berperingkat-peringkat setiap tahun. setiap tahun kelab kembara akan mengadakan konvoi amal ke salah satu distinasi di malaysia.
Rabu, 23 Mei 2012
Sabtu, 31 Disember 2011
KONVOI
AMAL BERSAMA KELUARGA KELAB KEMBARA MOTOR SPORT PADA 23-24hb DISEMBER 2011
Blue Lagoon, Tanjung Tuan Port Dickson
Negeri Sembilan
Kelab Kembara Motor Sport melengkapkan
aktiviti bagi tahun 2011 dengan konvoi amal bersama keluarga di Blue lagoon, tanjung tuan port dickson
Negeri Sembilan pada 23 dan 24hb Disember
2011.Pada hari jumaat 23hb Disember jam 8.30 pagi,
para peserta konvoi berkumpul di R&R Dengkil lebuhraya utara-selatan.
Seramai 120 peserta menyertai konvoi amal. Taklimat konvoi dan keselamatan
diterangkan oleh Presiden Kelab Kembara Motor Sport merangkap sebagai Ahli Majlis Mesyuarat
keselamatan Jalanraya bagi Negeri Selangor (MKJR) iaitu En.Shuhaimi Bin Mat
Jalil.
Melalui dari laluan jalan Sepang-Lukut
yang bergerak lancar, Rombongan konvoi selamat sampai di tempat penginapan di
Blue lagoon, tanjung tuan, port dickson tepat pada jam 12.00 tengahari.
Majlis makan malam pada jam 8.30 dimulai
dengan bacaan doa oleh En.Zakaria Bin Kasiran. Majlis diteruskan dengan ucapan
alu-aluan dari Presiden Kelab kembara Motor Sport En.Shuhaimi Bin Mat Jalil, beliau menerangkan
aktiviti amal yang telah dijalankan oleh pihak kelab sepanjang tahun 2011.
Wakil daripada NESTLE En. Wan Jeffry Bin
Wan Zahari Pengurus Pemasaran Nesvita
telah memberikan ucapan penghargaan
kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti Amal, beliau kagum dengan
semangat bergotong-royong yang ditunjukkan oleh para peserta konvoi.
Sumbangan berupa barangan makanan harian
serta hamper dan bantuan kewangan disampaikan oleh En. Wan Jeffry Bin Wan Zahari diiringi
Penasihat Kelab Kembara Motor Sport En.Haris Bin Sajat bersama En. Zakaria
kasiran kepada 4 wakil keluarga yang terpilih menerimanya.
Majlis memotong kek sempena ulangtahun
ke-8 Kelab Kembara Motor Sport dilakukan oleh presiden kelab disertai tetamu
bersama keluarga diraikan.Pihak Kelab pada julung kalinya telah memberikan hadiah penghargaan kepada
seorang pelajar Nurul Afiqah Binti Hasnan pelajar Sekolah Menengah (P) Sri Aman
yang mendapat keputusan cemerlang PMR 8A1, beliau adalah anak kepada En.
Hasnan bin Atan ahli kelab Kembara Motor Sport.



Selasa, 27 Disember 2011
Family Day kelab kembar motor sport
Langgan:
Catatan (Atom)
Comment
Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..
Aktiviti Kelab Kembara
klip profil dan tekan Daftar keinginan
- kelab kembara motor Sport
- Shah Alam, Selangor, Malaysia
- kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.
