Sabtu, 8 November 2014

Konvoi Keluarga Cherating Pahang.

Konvoi Keluarga Cherating pahang 15/12/2012

kelab kembara Motor Sport telah mengadakan Konvoi berkeluarga ke Cherating Pahang dengan seramai 15 keluarga.perjalanan telah menempuhi berbagai rintang dengan berlakunya kemalangan kecil disebabkan hujan yang lebat dan jalan yang licin.Semua halangan dapat diselesaikan dengan berhemah.

KKMS telah meraikan keluarga Orang susah disekitar Daerah Cherating.sebanyak 5 keluarga di Santuary Beach Resort Cherating.Presiden Kelab kembara Encik Suhaimi telah meyampaikan semua sumbangan pada keluarga susah.

















Khamis, 6 November 2014

Konvoi Selalu pasti anda puas dan ceria

Rabu, 23 Mei 2012


Konvoi Melawat ke ladang Anggur di Tasik Beris Sik Kedah'
















Konvoi Melawat ke ladang Anggur di Tasik Beris Sik Kedah'

Konvoi Amal Baling Kedah

KONVOI AMAL KELAB KEMBARA MOTOR SPORT PADA 28 APR – 1MEI 2012.
KELAB KEMBARA MOTOR SPORT memulakan aktiviti tahun 2012 dengan konvoi
amal ke Baling Kedah. Seramai 67 peserta di mana 36 peserta menaiki motosikal dan
5 buah kereta turut serta. Konvoi ini buat pertama kalinya disertai oleh peserta dari
Nestle Chembong dan juga 3 orang peserta wanita.
Destinasi KELAB KEMBARA MOTOR SPORT adalah ke “Rumah Anak Yatim dan Miskin
Nurhidayah Kupang” dan “Rumah Anak Yatim Kupang Baling”. KELAB KEMBARA
MOTOR SPORT turut meraikan bersama penduduk Kupang dengan majlis makan
tengahari, di mana seekor lembu diaqiqahkan oleh beberapa ahli KELAB KEMBARA
MOTOR SPORT dan ahli kelab turut bersama bergotong-royong menyediakan hidangan tengahari.
Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan terima kasih tak
terhingga kepada Corporate Affair Department dan Encik Mohd Ismail Osman Dari
Central Region yang sudi menghulurkan sumbangan berupa barangan makanan,
hamper dan bantuan kewangan. Sumbangan ini disampaikan oleh Presiden KELAB
KEMBARA MOTOR SPORT Encik Suhaimi Mat Jalil.
KELAB KEMBARA MOTOR SPORT juga mengambil peluang untuk singgah di beberapa
tempat menarik sewaktu berada di Kedah seperti ladang anggur di Tasik Beris, Sik
dan Air Terjun Lata Bayu. Perjalanan selama 4 hari 3 malam, sejauh hampir 1000
KM (Shah Alam – Baling – Shah Alam) berjaya mencapai sasaran yang dirancang dan
kesemua peserta selamat sampai di Shah Alam pada jam 7 malam 01 MEI 2012.
Semoga kerja amal seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang oleh

KELAB KEMBARA MOTOR SPORT.
 
 











Nukilan Shahila

Sabtu, 31 Disember 2011


KONVOI AMAL BERSAMA KELUARGA KELAB KEMBARA MOTOR SPORT PADA 23-24hb DISEMBER 2011
Blue Lagoon, Tanjung Tuan Port Dickson Negeri Sembilan


Kelab Kembara Motor Sport melengkapkan aktiviti bagi tahun 2011 dengan konvoi amal bersama keluarga  di Blue lagoon, tanjung tuan port dickson Negeri Sembilan pada 23 dan 24hb Disember  2011.Pada hari jumaat 23hb Disember  jam 8.30 pagi,  para peserta konvoi berkumpul di R&R Dengkil lebuhraya utara-selatan. Seramai 120 peserta menyertai konvoi amal. Taklimat konvoi dan keselamatan diterangkan oleh Presiden Kelab Kembara Motor Sport  merangkap sebagai Ahli Majlis Mesyuarat keselamatan Jalanraya bagi Negeri Selangor (MKJR) iaitu En.Shuhaimi Bin Mat Jalil.
 Sebanyak 23 buah kereta mula bertolak jam 10 pagi yang  diketuai oleh Timbalan Presiden Kelab iaitu En.Shaffei Bin Jamari .

Melalui dari laluan jalan Sepang-Lukut yang bergerak lancar, Rombongan konvoi selamat sampai di tempat penginapan di Blue lagoon, tanjung tuan, port dickson tepat pada jam 12.00 tengahari.
Majlis makan malam pada jam 8.30 dimulai dengan bacaan doa oleh En.Zakaria Bin Kasiran. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dari Presiden Kelab kembara Motor Sport  En.Shuhaimi Bin Mat Jalil, beliau menerangkan aktiviti amal yang telah dijalankan oleh pihak kelab sepanjang tahun 2011.

Wakil daripada NESTLE En. Wan Jeffry Bin Wan Zahari  Pengurus Pemasaran Nesvita telah memberikan ucapan penghargaan  kepada semua yang terlibat menjayakan aktiviti Amal, beliau kagum dengan semangat bergotong-royong yang ditunjukkan oleh para peserta konvoi.  
Sumbangan berupa barangan makanan harian serta hamper dan bantuan kewangan disampaikan oleh  En. Wan Jeffry Bin Wan Zahari diiringi Penasihat Kelab Kembara Motor Sport En.Haris Bin Sajat bersama En. Zakaria kasiran kepada 4 wakil keluarga yang terpilih menerimanya.

Majlis memotong kek sempena ulangtahun ke-8 Kelab Kembara Motor Sport dilakukan oleh presiden kelab disertai tetamu bersama keluarga diraikan.Pihak Kelab pada julung  kalinya telah memberikan hadiah penghargaan kepada seorang pelajar Nurul Afiqah Binti Hasnan pelajar Sekolah Menengah (P) Sri Aman yang mendapat keputusan cemerlang PMR 8A1, beliau adalah anak kepada En. Hasnan  bin Atan  ahli kelab Kembara Motor Sport.



                                     
                                  

                


Konvoi PD 2
Konvoi PD 1
Powered By Blogger

Comment

Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..

klip profil dan tekan Daftar keinginan

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.