Selasa, 15 Mei 2018

Kelab kembara telah membuka tirai 2018 dengan program Konvoi Amal Pahang Kuala Terenggau yang telah berlangsung pada bulan May 2018 bertarikh 5,6&7 jumaat sabtu dan ahad,konvoi disertai 35 peserta dengan 15 buah motor berkuasa tinggi dan 5 buah berkuasa sederhana,

Konvoi telah melawat Rumah Anak-anak yatim Baitul Husnah Beserah kuantan Pahang,seramai 35 Anak-anak Yatim telah kami raikan dengan mengadakan jamuan sarapan pagi dan makan tengahari,konvoi juga telah mengadakan gotong royong bagi membersihkan sekitar Asrama.sebagai acara penutup pihak kkms telah memberi sedikit sumbangan barangan Nestle goodies bag kepada anak-anak dan wang tunai sumbangan pekerja Nestle dan Orang perseorangan.

Setelah selesai program dirumah anak-anak Yatim Konvoi menuju Distinasi seterus nya keKuala Terengganu dan menginap di Chele Su di Marang Terengganu.Konvoi tiba di Kuala Terengganu tepat Jam14:30pm,pada malam nya kkms telah mengadakan sambutan ulang tahun penubuhan kkms yang ke 15 tahun tahniah daripada kami ahli kkms yang telah mengadakan konvoi tahunan setiap tahun untuk meraikan Anak-anak Yatim dan Keluarga Miskin semoga Aktiviti Amal ini akan berterusan hingga bila-bila dengan pentakbiran yang lain pula.





















Khamis, 26 April 2018


Konvoi Akhir Tahun Kelab Kembara Motor Sport 2016
melawat Rumah Anak Yatim di SG. Besar dan Rumah warga Tua di teluk Senangin.

Meraikan anak-anak yatim dengan jamuan makan malam serta menyampaikan sumbangan makanan kesihatan dari Pihak Nestle.

Disamping itu menyampaikan sumbangan seperti keperluan harian kepada beberapa keluarga miskin.

Nota: sila rujuk gambar

Rabu, 26 April 2017

Konvoi Amal 2017 - ke Pulau Penang

Tarikh : 15, 16 & 17 April 2017
Lokasi : Pusat Jagaan Anak Yatim Nayiatul Aisyiah, Balik Pulau, Pulau Pinang
Ahli    : 46 peserta


pada jam 8.30am tiba di Rumah Jagaan Anak Yatim, kami disajikan dengan hidangan sarapan pagi bersama anak-anak yatim disitu. Kemudian kami beramah mesra dengan anak yatim dan kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar diwajah comel mereka semua.

kemudian kami bersama-sama melakukan kerja gotong-royong membersihkan kawasan rumaha anak yatim. selesai semua kerja-kerja pembersihan, kami disajikan dengan jamuan makan tengahari.

setelah selesai kesemuanya, kami bertolak ke Lost Paradise Resort,Penang untuk program kami yang seterusnya.












Jumaat, 22 April 2016

Pembuka tirai 2016 kelab kembara motor sport beralih angin ke Utara kali ini Konvoi Amal Perlis Indra Kayangan pada 16~17 dan18/April 2016 konvoi diserikan dengan Motor-motor yang berkuasa tinggi dan sederhana konvoi diketuai oleh En Idilazhar SU Kkms seramai 42 peserta 30 buah motor sikal 3 buah kereta dan sebuah pancuan empat roda.konvoi sampai diperlis jam 10:00 pagi dirumah Anak-anakl Yatim Darul Falah Ummi Aishah Titi Serong Kuala Perlis.Konvoi juga telah membuat gotong royong membersihkan sekitar Asrama yang diketuai oleh Puan Shahila sebagai pengelola program konvoi Amal ini.

Setelah Konvoi selesai membuat gotong royong Konvoi telah mengadakan satu lagi program iaitu meraikan dan makan tengahari bersama-sama Anak-anak kurang upaya di Pusat Pemulihan Komuniti PDK kampung sanglang Kuala Perlis.Konvoi juga telah memberi sumbangan barangan Nestle dan wang tunai dari Kelab Kembara Motor Sport.

Pada sebelah malam Konvoi telah meraikan makan malam bersama-sama Anak-anak yatim Darul Falah di Resort Kuala Perlis dan pihak kelab juga telah memberi sumbangan goddy bag wang tunai dan barangan Nestle.Program jyga diserikan dengan persembahan nyayian dari anak-anak.














Isnin, 30 November 2015

Pada 28 dan 29 November 2015 Kelab kembara motor sport telah mengadakan Konvoi berkeluarga ke Melaka dan menetap di Resort D,Nelayan kuala sungai baru pengkalan balak,seramai 23 keluarga telah menyertai konvoi kali ini konvoi juga telah mengadakan pertandingan memasak setiba nya sampai ke Resort yang menarik nya segala masakan yang dipertanding kan telah siap dari rumah lagi.masakan para peserta telah diadili oleh Cheff dari resort dan diketuai oleh Puan shahila sebagai ketua juri pertandingan telah dijuari oleh keluarga Encik Rosmaidy dengan masakan siakap 3 rasa.pada sebelah petang pihak penganjur telah mengadakan sukan nika untuk anak-anak dan ibu bapa sekali.

Pada sebelah malam kelab kembara telah meraikan Anak-anak Yatim Masjid Tanah seramai 30 orang dengan majlis makan malam berbagai hidangan telah disediakan dengan menu utama kambing bakar,seperti biasa sumbangan barangan dan wang tunai telah diserahkan kepada Rumah Anak-anak Yatim dan anak yatim.pihak kelab juga telah meraikan anak cemerlang dari keluarga kkms yang telah mendapat 5A dan Muntaz.Tahniah kepada adik Mariah Afrina yang telah mendapat 5A dan anak kepada Encik Haris Jaffar yang telah mendapat 4A 1B.Majlis diserikan dengan nyayian karaoke dari anak-anak yatim yang mempunyai bakat terpendam.
















Powered By Blogger

Comment

Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..

klip profil dan tekan Daftar keinginan

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.