Selamat Datang Blog kelab kembara motor sport.. kelab ini ditubuhkan adalah untuk membimbing penungang-penungang motorsikal dengan cara yang selamat. cara kelab kembara motor sport membimbing para Ahlinya dengan mengadakan konvoi pemanduan berhemah ke seluruh malaysia dengan berperingkat-peringkat setiap tahun. setiap tahun kelab kembara akan mengadakan konvoi amal ke salah satu distinasi di malaysia.
Khamis, 26 April 2018
Konvoi Akhir Tahun Kelab Kembara Motor Sport 2016
melawat Rumah Anak Yatim di SG. Besar dan Rumah warga Tua di teluk Senangin.
Meraikan anak-anak yatim dengan jamuan makan malam serta menyampaikan sumbangan makanan kesihatan dari Pihak Nestle.
Disamping itu menyampaikan sumbangan seperti keperluan harian kepada beberapa keluarga miskin.
Nota: sila rujuk gambar
Rabu, 26 April 2017
Konvoi Amal 2017 - ke Pulau Penang
Tarikh : 15, 16 & 17 April 2017
Lokasi : Pusat Jagaan Anak Yatim Nayiatul Aisyiah, Balik Pulau, Pulau Pinang
Ahli : 46 peserta
pada jam 8.30am tiba di Rumah Jagaan Anak Yatim, kami disajikan dengan hidangan sarapan pagi bersama anak-anak yatim disitu. Kemudian kami beramah mesra dengan anak yatim dan kami dapat melihat kegembiraan yang terpancar diwajah comel mereka semua.
kemudian kami bersama-sama melakukan kerja gotong-royong membersihkan kawasan rumaha anak yatim. selesai semua kerja-kerja pembersihan, kami disajikan dengan jamuan makan tengahari.
setelah selesai kesemuanya, kami bertolak ke Lost Paradise Resort,Penang untuk program kami yang seterusnya.

Jumaat, 22 April 2016
Pembuka tirai 2016 kelab kembara motor sport beralih angin ke Utara kali ini Konvoi Amal Perlis Indra Kayangan pada 16~17 dan18/April 2016 konvoi diserikan dengan Motor-motor yang berkuasa tinggi dan sederhana konvoi diketuai oleh En Idilazhar SU Kkms seramai 42 peserta 30 buah motor sikal 3 buah kereta dan sebuah pancuan empat roda.konvoi sampai diperlis jam 10:00 pagi dirumah Anak-anakl Yatim Darul Falah Ummi Aishah Titi Serong Kuala Perlis.Konvoi juga telah membuat gotong royong membersihkan sekitar Asrama yang diketuai oleh Puan Shahila sebagai pengelola program konvoi Amal ini.
Setelah Konvoi selesai membuat gotong royong Konvoi telah mengadakan satu lagi program iaitu meraikan dan makan tengahari bersama-sama Anak-anak kurang upaya di Pusat Pemulihan Komuniti PDK kampung sanglang Kuala Perlis.Konvoi juga telah memberi sumbangan barangan Nestle dan wang tunai dari Kelab Kembara Motor Sport.
Pada sebelah malam Konvoi telah meraikan makan malam bersama-sama Anak-anak yatim Darul Falah di Resort Kuala Perlis dan pihak kelab juga telah memberi sumbangan goddy bag wang tunai dan barangan Nestle.Program jyga diserikan dengan persembahan nyayian dari anak-anak.

Isnin, 30 November 2015
Pada 28 dan 29 November 2015 Kelab kembara motor sport telah mengadakan Konvoi berkeluarga ke Melaka dan menetap di Resort D,Nelayan kuala sungai baru pengkalan balak,seramai 23 keluarga telah menyertai konvoi kali ini konvoi juga telah mengadakan pertandingan memasak setiba nya sampai ke Resort yang menarik nya segala masakan yang dipertanding kan telah siap dari rumah lagi.masakan para peserta telah diadili oleh Cheff dari resort dan diketuai oleh Puan shahila sebagai ketua juri pertandingan telah dijuari oleh keluarga Encik Rosmaidy dengan masakan siakap 3 rasa.pada sebelah petang pihak penganjur telah mengadakan sukan nika untuk anak-anak dan ibu bapa sekali.
Pada sebelah malam kelab kembara telah meraikan Anak-anak Yatim Masjid Tanah seramai 30 orang dengan majlis makan malam berbagai hidangan telah disediakan dengan menu utama kambing bakar,seperti biasa sumbangan barangan dan wang tunai telah diserahkan kepada Rumah Anak-anak Yatim dan anak yatim.pihak kelab juga telah meraikan anak cemerlang dari keluarga kkms yang telah mendapat 5A dan Muntaz.Tahniah kepada adik Mariah Afrina yang telah mendapat 5A dan anak kepada Encik Haris Jaffar yang telah mendapat 4A 1B.Majlis diserikan dengan nyayian karaoke dari anak-anak yatim yang mempunyai bakat terpendam.

Sabtu, 2 Mei 2015
Kelab kembara motor sport membuka tirai 2015 dengan mengadakan konvoi Amal solo ke Terengganu Darul Iman pada 25~26 & 27 Bulan April 2015,Konvoi kali ini disertai seramai 40 orang termasuk Ahli dari luar kelab KKMS.Konvoi telah meraikan Anak-anak Yatim Kuala Terengganu seramai 40 orang,konvoi juga telah mengadakan gotong royong membersikan persekitaran Asrama Anak-anak Yatim yang di jayakan oleh Ahli ROCKS & Ahli KKMS sendiri.Konvoi juga telah mengadakan jamuan tengahari bersama Anak-anak yatim yang ditaja oleh KKMS.
konvoi menginap di Batu Buruk Beach Resort,pada sebelah malam konvoi telah meraikan Anak-anak Yatim dengan mengadakan majlis makan malam dan penyampaian sumbangan dari pekerja-pekerja Nestle dan barangan Nestle serta sumbangan dari Ahli kelab sendiri dan sumbagan wang tunai dari kelab KKMS.Majlis diakhiri dengan penyampaian Goody bag sumbangan dari Nestle ROCKS serta duit saku sumbangan dari orang perseorangan dan pekerja Nestle.
Pada 26 haribulan peserta konvoi juga telah mengadakan program mencandak sotong yang diketuai oleh En Khairulnizam seramai 20 orang telah menyertai program mencandak sotong sebanyak 2 bot telah berlepas dari pengkalan jam 18:00pm dan berakhir pada jam 07:00am.
Pada hari Ahad 26 peserta konvoi telah mengadakan lawatan disekitar Bandar Kuala Terengganu.
Konvoi berakhir pada 27 haribulan hari Isnin dan bertolak ke Shah Alam.

Langgan:
Catatan (Atom)
Comment
Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..
Aktiviti Kelab Kembara
klip profil dan tekan Daftar keinginan
- kelab kembara motor Sport
- Shah Alam, Selangor, Malaysia
- kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.