Selasa, 11 November 2014

Konvoi Amal Ke Kuala Rompin, Pahang.

Tanggal 15 March 2013, Kelab Kembara Motor Sport memulakan aktiviti konvoi amal ke Kuala Rompin, Pahang. Sebelum bertolak kami berkumpul di depan CFW warehouse untuk pendaftaran ahli dan briefing tentang keselamatan Jalanraya dan juga bacaan doa. Semoga segala urusan kami ini dipermudahkan dan selamat. Kami bertolak jam 12:00 tengah malam. Sebanyak 25 buah motorsikal dengan berbagai jenis CC dan 4 buah kereta telah menyertai konvoi amal tersebut.


Matlamat
Konvoi telah selamat sampai ke Rumah Anak-anak Yatim Al Raudhah pada jam 9:00pagi.Kami disambut mesra oleh penghuni di rumah anak-anak yatim tersebut, dan bersarapan bersama mereka. Setelah selesai bersarapan bersama mereka kami memulakan aktivit kami. KKMS dan ROCKS telah berganding bahu bergotong royong di Asrama Anak-anak yatim selama 3jam, kami terbahagi kepada dua kumpulan kerana terdapat asrama lelaki dan asrama perempuan. Kami membersihkan sekitar kawasan Asrama, membetulkan suis lampu yang terbakar, membersihkan kipas angin dan mengemas bilik yang dipenuhi dengan berkotak-kotak kain baju yang disedekahkan oleh orang awam di asrama perempuan ini. Walaupun penat namun peserta konvoi ini tetap bersemangat membantu membersihkan bilik dan kawasan sekitar Asrama tersebut.
setelah semuanya selesai, kami berehat sebentar menghilangkan penat lelah sehingga ada yang terlena... siap mimpi.. hihihi :)




Lunch Hour
Di waktu tengahari kami dihidangkan dengan masakan ala2 kampong yang sangat menyelerakan. Sebenarnya kami semua dalam kelaparan kerana dah berhempas pulas membersihkan kawasan asrama tersebut.. kami ikhlas, saje je nak nyatakan disini, kalu tak, u oll tak tahu...:)
Setelah itu kami melayan gelagat anak-anak yatim tersebut, mereka memakai Helmet dan Jaket cik abg ni... ada juga dikalangan mereka yang teringin menaiki motor. anak yatim yang perempuan berebut-rebut nak menaiki motor RR.. mereka cakap, tak pernah naik motor besar ni... sebenarnya ada motor yang lagi besar CC nya masa tu iaitu ER6. setelah dapat memuaskan hati mereka kami menghulurkan barangan Nestle.


Dinner
Pada waktu malamnya Anak-anak yatim telah diraikkan dengan Juadah makan malam secara BBQ.
Sumbangan kewangan telah disampaikan oleh pengerusi tetap KKMS iaitu En.Haris Bin Sajat. Program amal ini diakhiri dengan penyampaian goody bag kepada semua anak-anak yatim yang hadir termasuk pengurus mereka.






































Powered By Blogger

Comment

Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..

klip profil dan tekan Daftar keinginan

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.