Selasa, 11 November 2014

Konvoi berkeluarga ke Baling, Kedah

Kelab Kembara Motor Sport kembali meneruskan aktiviti amalnya bagi tahun 2014.

Tanggal 21 Mac 2014 Kelab Kembara Motor Sport telah memilih untuk ke Rumah Anak-anak Yatim Nurhidayah Kupang Baling, Kedah. Sejumlah 25 keluarga berkumpul di R&R Rawang.

Perjalanan bermula

Ekspedisi dimulakan dengan bacaan doa. Tepat jam 12:00 tengah malam kami memulakan perjalanan. Jam 6:00 pagi kami berhenti Solat Subuh di Masjid Jamek Grik, Perak. Kabus pagi dan panorama indah mengiringi perjalanan sehingga kami sampai ke destinasi yg dituju. Alhamdulillah kami selamat sampai di Baling Kedah pada jam 9:00 pagi. Penghuni rumah anak-anak yatim telah menanti kedatangan kami.

Gotong royong

Sarapan bersama anak-anak yatim amat menghiburkan walaupun terasa penat memandu sebelumnya. Setelah itu kami memulakan aktiviti gotong royong membersihkan laluan utama di hadapan asrama anak-anak yatim tersebut kerana terdapat pokok tumbang yang menghalang lalu lintas di situ. Kawasan persekitaran asrama juga kami bersihkan.

Solat Jumaat & Tahlil.

Memandangkan hari tersebut adalah hari Jumaat, Maka kami kaum Adam berduyun-duyun menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di masjid berhampiran. Setelah itu kami mengadakan bacaan tahlil untuk arwah Suhaimi Mat Jalil di asrama tersebut bersama Pak Long (pengurus anak-anak yatim).

Makan Time.

Makanan tengahari siap terhidang, semua ahli nampak berselera makan bersama anak-anak yatim tersebut. Maukan tidak, masakan kampong stail. Gulai batang pisang berserta ikan goreng segar di sulam pulak sayur campoq dengan ulam ulam fresh. Tu belom cerita pekena sambal belacan utara. Baca pun dah telioq, inikan pulak yang makan kat sana. Ada pulak ahli yang bawa tapai pulut. Tambah berselera lah kami jadinya.


Cenderahati.

Upacara last kopek, menyampaikan sumbangan barangan Nestle dan wang tunai hasil kutipan wargakerja Nestle dan sumbangan individu. Terima kasih tak terhingga jua kepada para dermawan khasnya serta penaja utama Nestle amnya atas sumbangan yang diberikan.

Aktiviti malam

Setelah selesai di Rumah anak Yatim Nurhidayah, kami check in di Kolam Air Panas Resort  Lenggong. Check in petang, tengok suram je kawasan tu. Ada la beberapa pekerja sedang mengemas sana sini. Sunyi je tempat ni. Diorang ni salah pilih tempat ke. Lepas maghrib start berendam. Yang heran tu, pengunjung makin malam makin ramai pulak. Penuh Resort tu dikunjungi oleh orang awam dari segala pelusuk. Patutla terang benderang kawasan tu dengan lampu spot light besar. Cantik bebeno gamaknya. Puas mandi perut lapar la pulak.
Apa lagi, makan malam kat tepi kolam la jawabnya dengan anak-anak Yatim. Kita raikan sekali depa berendam kat kolam air panas tu.

Hari Kedua

Keesokkan harinya kami menuju ke Taman Anggur di Beris. Tak sangka pulak kat Malaysia ni ada taman tempat tanam anggur. Ada tasik yang luas kat sebelah ladang (Tasik Beris)dan indah pemandangannya. Macam2 produk berasaskan anggur dijual kat ladang tu. Habis selfie dengan anggur(jangan kata nak makan, petik pun dilarang), setelah puas berselfie di taman anggur, kami meneruskan perjalanan kami ke Tasik Taso, Perlis dan bermalam disana.

Tasik Taso.

Sebelah malamnya ada BBQ bersama ahli-ahli keluarga. kami menyediakan makan malam bersama-sama. Dengan ini dapat mengeratkan hubungan antara kami. Di dalam kesunyian malam, uji bakat suara diadakan, bertujuan mengisi masa lapang dan mencari bakat terpendam dikalangan ahli KKMS. Baru lah tau sape yang bole wakil KKMS ke Kilauan Emas musim ke 4 nanti.
Ekspedisi belum berakhir lagi.. kami masih meneruskan perjalanan kami ke Utara... Jeng..Jeng.. Jeng ... cuba teka kami kemana? Kami Padang besar dan Wang klian. Shopping time... penuhlah semua bonet-bonet kereta dengan hasil tangkapan yg lumayan.... hehehe.. kami pulang dengan POKET KOSONG :)
Sangat menyeronokkan and adventure.

Alhamdulillah ekspedisi ini telah berjaya dan kami semua selamat sampai ke rumah masing-masing lebih kurang dalam jam 3:00 pagi. Time untuk tido



Unsangkarable

Setiap aktiviti yang dilakukan tak semuanya suka, pasti akan ada sesuatu perkara duka yang terjadi tanpa diduga...
ini semua dugaan dari yang maha esa, tapi semua ini tidak membuatkan kami berputus asa, semua ini menjadi kenangan dan pengalaman kepada kami semua.
Salah satu dari kereta konvoi mengalami kemalangan kecil di Tasik Taso. Penumpang mengalami kecederaan kecil di bahagian batang hidung. Pemandu pula mengalami luka2 kecil di muka dan tangan. Kerosakkan kereta pada bahagian tayar depan pemandu.
Alhamdulillah semua masalah dapat ditangani dengan baik...










































Powered By Blogger

Comment

Sila beri komen anda untuk menambah baik laman ini..

klip profil dan tekan Daftar keinginan

Foto saya
Shah Alam, Selangor, Malaysia
kelab kembara motor sport adalah kelab NGO yang melakukan kerja-kerja Amal untuk membantu mereka yang memerlukan disekitar lembah kelang atau diseluruh malaysia.